Inilah Jalanku Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang yang mengikutiku, mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin. Maha suci Allah dan aku tidak termasuk orang yang musyrik." (12:108)


Friday, August 21, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

posted by Mohd Farid @ 8/21/2009 03:00:00 AM, ,


Tuesday, June 5, 2007

Apa Yang Kita Rasakan?


Aroma laut dan deruan bayu pantai masih lagi dapat aku rasakan. Apa yang dapat aku rasakan semasa perkhemahan di Pulau Pangkor baru-baru ini banyak membawa aku kembali untuk tunduk dan sedar akan kelemahan diri ini dihadapan Allah Yang Maha Agung.

Sewajarnya kita menjadi semakin dekat dengan Nya apabila kita mendapati bahawa segala apa yang ada antara langit dan bumi bertasbih memuji Allah swt. Sama ada ombak yang bergelombang, angin yang menderu laju atau mengelus lembut juga pohon-pohon yang meliuk-liuk ditiup angin.

Apabila kita merasakan sedemikian, maka segeralah kita memuji Nya dan langsung taat dan rindu akan apa sahaja yang disukaiNya.

Jika itu berlaku wahai saudaraku, maka cinta pun mula berbunga..Wallahualam

posted by Mohd Farid @ 6/05/2007 04:23:00 PM, ,